Experience The Flavour
Lydiae Matbakh merupakan sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan makanan bagi memenuhi keperluan individu, keluarga dan majlis. Kami menawarkan Kaleng Service, katering, Set Infaq, Pack Food, Budget Pack Food, Party Pack Food, makanan berpantang serta menerima pelbagai jenis tempahan mengikut keperluan pelanggan.
Keistimewaan kami ialah Kaleng Service, iaitu menu harian yang dimasak segar dan dihantar terus ke pintu rumah. Perkhidmatan ini direka khas untuk mereka yang mempunyai jadual kerja yang padat, ibu bapa yang tidak sempat memasak, serta anak-anak yang ingin memastikan ibu bapa mereka menikmati hidangan yang lengkap tanpa perlu bersusah payah memasak.
Di Lydiae Matbakh, kami percaya bahawa makanan yang berkualiti bukan sahaja menjimatkan masa, malah membawa keselesaan dan kegembiraan kepada setiap keluarga. Setiap hidangan disediakan dengan teliti menggunakan bahan-bahan segar bagi memastikan rasa yang lazat dan kepuasan pelanggan.
Perkhidmatan penghantaran Kaleng Service disediakan dari hari Isnin hingga Jumaat, memastikan pelanggan menikmati hidangan yang siap dimasak dengan mudah, cepat dan selesa.
Lydiae Matbakh memudahkan urusan anda, menyajikan hidangan dengan penuh kasih sayang.
Pekerja semua muslim & 100% dimiliki orang Islam.